Dunia Baru


01.01.2011..
Satu permulaan baru buat org yang aku syg.. (DANISh HANIF)
arini si comel aku start sekolah, tapi baru masuk taska aje..
oke la tu buat permulaan dalam hidup dia,

Semua org termasuk aku, mama, tok ba dan tok ma dia gembira bila
arini ni dia start skolah taska..,
tp, aku pon menunaikan tggunjwb aku sbg papa yang hensem (hahaha)
untuk hantar dia daftar di taska pagi tadi.
Taska mana? Biarlah rahsia, nanti kena kidnap lak anak aku tu.. 'comel kan dia'

Buat mama dia lak, mesti tertunggu2 jam pukul 1 t/hari nak fetch up
anak kesayangan kami buat pertama kali dalam hidup dia..
Mesti terharu giler kan, aku ingt lagi pesan tok ba dia,
"jgn sampai hilang tau" memg xleh blah dan mendalam maknanya.



































Anyway, this is his first xperience in life, dan aku pun masih bnyk

lagi yang perlu diuruskan, rumahtangga, kerja, dan akhirat
mesti jalan seiring tanpa meninggalkan pon tuntutan agama.

Selamat Datang 2011 dan Semoga Kerja Dengan Selamat.
Sekian...

"Love U bOTh"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Selamat Tinggal 2010 dan selamat datang 2011.

Assalamualaikum semua,

Agaknya blog ni pon terkejut jugak bila aku masukkan entry baru pada ari ni. Ini pon atas sebab yang tak leh nak cite.. Hehehhe.. tahun ini bnyk perkara yg terjadi dan bnyk juga perubahan pada diri aku seperti Status, Kerja, Matlamat dan juga Cita-cita.. Tape yg tak berubah cuma keinginan aku nak dapatkan Green Book untuk Safety Officer.. Amin..






Berbalik pada diri aku lak, tanggal 2 mei 2010 yg lepas, aku pon dah selamat diijab tunangkan dengan bakal isteri aku ler.. pic kat sebelah ni gmbr dia dgn family aku (mak, abah, dan adik)
Dan apabila aku bersama dgn dia., aku rasakan yg aku perlu kerja bersungguh2 dan teruskan perjuangan sampai matlamat aku tercapai. (Nak kawin nak pakai duit bnyk beb..


Bila masuk tang keje lak, skrg ni aku tgh layan projek gumusut kakap di mmhe under client MISC dan SSPC. Lagi la bnyk pening dengan kerja ni, ari2 mesti ade je yg tak kena, lagi2 la pulak dengan main-cont yg tak sebulu.. Hish.. bole jadik stress dibuatnye..

Di penghujung tahun ni ade berita gumbira untuk kita rakyat malasia.. Malaysia Beat Indonesia agregat 4:2. Malaysia menang Suzuki cup.. Baru jer ni blek pas tgk dgn tunang aku dan kwn2 kerja aku. Walaupon penat.. tapi aku tetap puas sbb dapat jadikan Kedai mamak tadi sbg mini stadium...

Syabas Malaysia... Malaysia Boleh...
Tahun Depan Aku nak kawin,
Sok kene Keje..
K. Bubuy...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

DIaLoG DuA HanTU

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Entah ape entah

Tak tahu nak mula kat mana..
dah lme jugak aku biarkan bersawang blog aku ni,
elakkan org ingt aku dah 'xde' jer.
Ish.. nauzubillah...

Diam tak diam dah masuk bulan mei da,
projek pon dah nak sampai penghujungye..
Ikot jadual, MCD (mechanical completion date)
bulan julai ni.
tp xcnfirm bp hb..
Budak2 len termasuk aku dah mula serabut da..
tkot kena terminate jer..

Nasib la kerja pencacai mcam aku ni..
Ape2 pon.. dalam berbaki 3-4 bulan ni aku harap
xde la LTI dalam projek ni..

Kalau tak, 5 million man hours yang nak sambut
bulan 6 ni xde maknanya lagi la.


Argh.. tak thu nak ckp pe lg..
Anyway, always remember..
Safety Takes A minute,
Accident Take a Life

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Puasa Ke 7

Hawau you semua..."broken english" arini pose ke 7 kita di bulan ramadhan.. Alhmdulilah jugak la pada aku sebab tahun ni masih kental lagi aku berpuasa menahan lapar dan dahaga serta benda lain yang boleh membatalkan pose aku "spt korek idung".

Ramadhan setiap tahun sesungghnya sangat mencabar
bagi aku, contohnya, pada 3 ramadhan tahun lepas aku mula bekerja di Pan Century Oleochemicals (IOI GROUP) dan tahun ni pula aku mula bekerja di MMHE... Teruk la aku jwbnye, "tengah panas lak tu" aku harap sangat dapat bertahan untuk ramadhan tahun ni. Aku akan mula bekerja pada hari isnin, erm.. dan tadi pagi aku dah pergi ambil pas sementara aku untuk aku bekerja nanti.

"Pas Sementara MMHE"

Kalau lorang nak thu, dalam masa seminggu ni... pas ni lah yang akan aku pakai untuk keluar masuk dari MMHE dan kerana pas ni jugak la aku terpaksa tunggu minggu depan baru boleh masuk.

Sbnrnya ramai yang guna pas pelawat je, budak kelas aku pon ada pakai jugak 'nama dirahsiakan supaya tidak memalukan sesiapa' hehehe... Tapi, pas tu untuk pelawat je, so ape2 jadi nanti, insurans xdpt nak cover sbb kita salah gunakan pas
pelawat tersebut. Kan nanti memalukan OSH practitioner yang lain. Tol tak?

Selain itu juga, pas OGSP pon tadi aku dah g ambil dah.. jumpe en.mustapha yang selalu bz melayan karenah pelajar INSEP puspatri... Terima Kasih en mus. OHye, pada kawan2 kelas aku yang ada bce ni, testimonial modul kita dak pon keluar, harap2 semua boleh lekas amik sbb boleh la attach skali dengan resume untuk mintak kerja...


"Oil and gas Safety Pass"


"Testimonial Puspatri"


ERm... itu saja untuk entry kali ni... Lau ada pe2 evnt lg, aku update kat kamu semua k.
Selamat Berpuasa...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Buat E-Pass

Hello semua...
Hari ini antara paling letih sejak bulan ramadhan ni... yela biasanya duduk rumah je, tapi hari ini aku kena menghadiri safety induction di MMHE sebagai satu syarat wajib untuk mendapatkan E-pass untuk contractor (bakal pekerja Symphonic Engineering)..


Dengan semangatnyer aku pagi2 dah gerak ke MMHE untuk menghadiri kursus tersebut, 1st time datang awl pagi mc ni, terkejut jugak aku, ramai betul orang nak masuk keje, tp xpe, tak lama lagi aku akan jadi sebahagian dari diaorang jugak.



Jadual untuk prgm ini sebenarnya mula pukul 8 pagi tapi rupa2nya pkul 9 pon x mula lagi.. Hish... penat jugk nak menuggu ni.. tp xpe, mgkn diaorang ad hal yang tak dapat dielakkan. Participant untuk pagi tu adalah seramai 54orang. semuanya tergolong dari pelbagai lapisan masyrakat (Warganegara Malaysia) seperti melayu, cina, india, sabah dan sarawk.



Ketika prgm ni sedang berlangsung, adlah soalan yang mengatakan mcmana nak tahu maklumat bahan kimia. Jadi ditanykan soalan itu kepada engineer.


Penceramah: Hah awk tu engineer, mc mana nak dapat maklumat bahan kimia..
Engineer: Mintak dari safety promoter encik.. (jwpn play safe tu)
Penceramah: Hah safety promoter, nak dapat dari mana..
Promoter: dari pengilang encik..(selamba je dia jwb)


Ape la punya orang, benda simple mc tu pon xbolewh nak jawab, kalau suruh buat HIRARC ke, Manual ker, CHRA ke, memg la logik kalau tak tahu, ini kan dah pangkat engineer dan yang paling aku sakit hati tu, safety promoter pon xtahu ape tu Material Safety Data Sheet(MSDS).
Mc mana kita nak menjaga keselamatan orang lain kalau sendiri pon tak tahu benda basic yang jangan aspect helper atau welder yang akan tahu semua ni.


Memg betul ape yang kwn aku ckp (safety KT&R engineering) kalau keje safety ni xde kelayakan yang mencukupi, memg paling kuat pon bleh jadi supervisor jek walaupon ada pengalaman 10-15 thn. So,mana2 yang masih tak ambik lagi Kursus Safety Officer tu,cepat2 la korang amik, xpe kalau xde duit, skg ni kerajaan da bnyk wat progrm untuk melahirkn safety officer yang competent, cari je kat Puspatri (JSDC), UTHM, PSDC (Pahang), MSDC(MELAKA) dan bnyk lagi, semuanya dalam program insep. Tapi, kalau tak layak tu, kumpul la duit sket2 amik sendiri at niosh nun, peluang besar dalam bidang ni.



Berbalik pada cerita diatas, ptg tu, ada sket test untuk dapatkan pass ni,aku rasa boleh lulus kot, semuanya ikut logik akal je, tapi aku rasa macam betul semua. (hahahaha poyo gler). Bukan ape, soalan ni adalah untuk general worker yang kbnyknya pas SPM je, jadi bagi orang yang amik SHO mc aku ni,malu jugak la kalau tak lulus kan..



Ptg tadi pas habis test je, akupon bergerak la secara solo ke bazar ramadhan taman mawar, setiap tahun, mmg kat sini la aku hbskan masa lau time mc ni, sbb ad ramai member aku berniaga termasklah family aku, arini, aku beli muratabak kat kedai pakcik yang dah lama aku kenal... Mratabak RM2.50 tu dapat diskaun 50sen. HEHEHEHE.. untung kan g bli kat kedai orang yang kita kenal.. Bukan ape, support kwn2 berniaga.




BYE2 Assalamualaikum..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments